Peninggalan Asiah binti Muzahim

Asiah ialah seseorang yang kukuh kepercayaannya terhadap Allah, walaupun beliau isteri kepada Firaun. Menurut hadis, beliau akan berada di kalangan wanita pertama yang dapat masuk syurga kerana beliau menerima seruan tauhid Musa dan menolak kepercayaan Firaun. Al-Quran ada menyebut Asiah sebagai conth kepada semua orang Islam[7][9][10]

Dan Allah membuat perumpamaan kepada orang-orang yang beriman, iaitu: berkenaan isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku daripada Firaun dan perbuatannya, serta selamatkanlah daku daripada kaum yang zalim"

— Al-Quran, surah 66 (At-Tahrim), ayat 11[11]

Abu Musa Asya'ari meriwayatka bahawa Nabi Allah, Muhammad SAW bersabda,Yehoyaqim

Ramai lelaki mencapai tahap sempurna (dalam kerohanian tanpa pangkat kenabian atau kerasulan), akan tetapi tidak (ramai) mencapai tahap sempurna (dalam kerohanian) selain Maryam binti ‘Imran dan Asiah isteri Firaun.

— Sahih Al-Bukhari Hadis 7.329[1]